Zulkamal – Rider Of The Month

Name: Ahmad Zulkamal Ibrahim
Nickname: zul/kamal/zul kj/jool
Age: 33
Hometown: Petaling Jaya
Years of ridig:+-20 tahun
Sponsors: bergantung pada company kawan2 nak kasi ambik tak kasi no hal. TQ iwan kasi tshirt kayuhbmx. Hehe..

IMG_8058

 

Kita mulakan dengan soalan yang paling susah…… hurrmmm… apa khabar?
Assalamulaykum semua..
Fuhh soalan ni memang sangat susah dan mencabar minda untuk di jawab, tapi takpe saya cuba menjawabnya dengan tenang. Alhamdulillah syukur pada Ilahi saya masih dikurniakan kesihatan yang baik, moga semua diluar sana dalam keadaan sihat dan baik2 begitu juga Encik Iwan. Selamat pengantin baru!!!

 

Apa yang membuatkan kau start riding BMX?
Panjang kalau nak diceritakan ni, saya cuba singkatkan cerita ni. Dulu2 awal tahun 90’an takde basikal lain se”cool” basikal BMX ni. Semasa saya di darjah 3, arwah ayah saya telah membelikan saya sebijik basikal BMX (takde jenama) yang berharga RM80 complete bike pada saya dan itu la basikal bmx pertama ku. Dari basikal ni la saya bawa ronda2 dan jumpa kawan2 lain yang juga berbasikal BMX, start bikin2 dan modifikasi basikal BMX ku ni. Masa saya di tingkatan 1 pula, kat area rumah saya selalu ternampak sorang brother yang bernama Munawir riding flatland dan kali pertama saya tengok orang riding flatland selain daripada tu ride oldskool la. hampir setiap hari saya tengok dia riding, dia banyak memberi saya pendedahan dan info tentang BMX/Flatland ni dgn memberi tonton video2 dan magazine bmx. Start daripada sini la saya mula minatnya flatland ni dan mendalami lg tentang BMX dan flatland ni. Sehingga la kini saya masih lagi ride BMX…

Kenapa ride Flatland?
Entah la susah nak cakap pasal kenapa ride flatland ni. Ada org kata susah main flatland ni. Hanya orang2 yang riding flatland je yang tau dan paham. Bagi saya la flatland ni sangat menyeronokkan walaupon susah nak pelajarinya. Ia membuatkan seseorang rider tu berfikir sentiasa dan kreatif untuk menggayakan sesuatu trick dlm link. Lebih menyeronokkan lagi jika link yg dilakukan tu land atau pon trick yang tak disangka2 menjadi dengan sempurna. Perghh… Tak tau nak kata kepuasannya. Hanya seorang flatlander je yang tau. Mungkin sebab tu la saya ride flatland! Hehehe…

 

photo by Wantai
photo by Wantai

 

Aku tengok kau suka sangat mancing, ape yang bestnye mancing ni? 
Hahaha…. Sibuk je encik iwan tgk org suka mancing. Haha… Ye la asyik tgk bmx atau riding je bosan jugak kan kadang2 tu. Memancing ni salah satu hobi dan aktiviti saya yg lain. Apabila saya pegi memancing saya suka melihat dan menikmati  keindahan alam sekitar yg tenang selain daripada itu menantikan ikan mengena joran yg di pancing. Ia juga menguji kesabaran seseorang. Ramai jugak rider2 luar dan pro sukakan aktiviti mancing ni. Nak tau best ke tak jom gi mancing sama. Hahaha…

 

Selalu ke masuk competition memancing?
Tak la selalu sgt masuk comp mancing ni.  Kadang2 tu ada la kalau prize menarik. Saje seronok2.

 

Antara comp mancing dengan comp BMX, mane lagi best? haha
Hahaha…  Comp mancing yg bestnya prize yg ditawarkan menarik hadiah cash sehingga rm100,000 tu… Kalau bmx ni hadiah yg paling tinggi pon 2-3 ribu tapi yg seronoknya comp bmx ni bole berjumpa dgn rakan2 seperjuangan. Tu yg paling mahal. Hehe…

 

IMG_8105

 

Kau adalah antara otai BMX Flatland area Kelana Jaya (KJ) satu ketika dahulu. Boleh cerita sikit scene Flatland waktu tu?
Perghh kalau nak diceritakan dulu2 pertengahan 90’an kat KJ ni saja ada dlm bebelas2 rider, kedai basikal yg jual bike dan parts BMX paling canggih dan up tu date kat Malaysia zaman tu pon terletaka kat KJ jugak kedai KSH kat FAM, rider2 luar negara pon dtg beli kat kedai ni. Dulu2 spot say salalu riding kat area KJ tak menentu riding kadang2 depan rumah je, gelanggang basketbal, gelanggang batminton dan kalau hari minggu tu selalu kat taman tasik Kelana Jaya atau parking stadium Kelana Jaya riding dgn Rafik, Simon Chong & geng, Liyas, Tuan hj Amar, Med, Sub dan rider2 KJ yg lain dan lagi meriah kalau Zam Kenya (legend) & geng dtg ride yg folow dia 20-30 rider, mmg penuh la parking lot kat stadium KJ ni. Zaman tu mmg meriah dan kegemilangan la. Tp sayang semua tu tinggal kenangan dan jadi sejarah je sekarang. Hehe..

Tapi sekarang ni dah takde dah rider ride kat KJ tu. apa jadi eh?
Entah la kenapa semua ni terjadi. Mungkin jd rempit kot. Hehehe… Ye la masing2 dah meningkat dewasa mesti la ada haluan masing2, ada yang sambung study, kerja dan sibuk dgn hal masing2 dan kerana itu la dah takde sape ride kat KJ ni.

 

Kau sekarang dah pindah Taiping kan, kenapa pindah sana?
Ye saya sudah berhijrah ke taiping perak sekarang ni. Saja cuba berubah angin berhijrah ke tempat lain pula mencari rezeki. Lagi pon isteri saya bekerja di hospital Taiping.

 

Macam mana kehidupan ko kat sane?
Alhamdulillah kehidupan kat sini baik2 saja bersama isteri tercinta. Kat sini saya berniaga kecil2an je. Disini lebih santai berbanding kat kl yg sentiasa sibuk semak dan trafik jam memanjang. Haha.. Taiping ni mmg chill la. Hehe..

 

IMG_8124

 

Ada apa-apa plan untuk karier BMX anda tahun 2015 ni?
Planning tu mmg bermacam2 la kat pikiran ni tapi ia bergantung pada peluang yang ada la. Tp yang pasti adalah planning yang selalu bermain dalam pikiran ni adalah untuk memajukan lagi scene BMX Flatland kat Malaysia ni.

 

Scene flatland kat Malaysia ni dah banyak berubah sekarang ni kalau compare dengan awal tahun 2000. Kalau dulu kat Malaysia ni, boleh dikatakan rider flatland lebih ramai dari rider street/park. Tapi sekarang dah terbalik. Boleh bagi pendapat kenapa perkara ni terjadi?
Mungkin ini semua terjadi kerana kemudahan seperti park dah banyak dibina hampir di setiap negeri dan daerah. Mungkin ini lah salah satu sebab popularasi bmx park/street ni meningkat dan tumbuh bagaikan cendawan. Dan salah satu sebab mungkin trick2 park/street ni lebih mudah dipelajari berbanding trick flatland. Hehe..

 

Apa pendapat ko tentang arah tuju scene BMX Flatland kat Malaysia sekarang ni?
Ermm… Bukan saya yang boleh menentukan arah tuju scene Flatland Malaysia ni. Memang sekarang ni rider Flatland dah berkurangan berbanding dahulu. Ia bergantung pada rider2 tu sendiri la, bagaimana rider tu corakkan scene begitu la coraknya masa yang akan dtg. Apa yang bole kita lakukan untuk menarik minat orang untuk main flatland dan menjadi pelapis baru dlm flatland ni. Mungkin boleh create program masuk ke sekolah2 menarik minat budak2 main Flatland ni atau pun buat progam Flatland kat tmpt2 terbuka dan ramai orang untuk mempromosikan Flatland ni (mungkin). Bagi pendapat saya la untuk naikkan scene ni perlukan kerjasama dari semua rider la, harap semua rider tak kira rider otai ataupon pro sudi berkongsi la ilmu dan beri tunjuk ajar pada rider yang baru start riding. Ini sekadar pendapat saya la.
Saya doa dan berharap scene BMX Flatland Malaysia ni berkembang dan terus maju di masa yang akan datang ni. InsyaAllah.

IMG_8071

 

Apa pendapat ko bagi orang yang nak buat BMX ni as lifestyle je. Tak ride sampai hebat pon. Just kayuh-kayuh gitu je. Ok ke orang camtu dalam scene BMX ni?
Bagi pendapat saya la tak kisah pon dan tiada paksaan pon nak riding atau nak buat lifestyle kayuh2 je. Janji bmx!! Hahaha… Bagus juga kalau ada supporter sebegini baru la berwarna warni ceria scene dan industri BMX kat Malaysia ni.

 

Dulu kau tiap2 tahun akan ikut Le Tour De Langkawi (LTDL) dan Jelajah Malaysia kan. Ape yang kau dan team ko buat ikut tour tu? 
Saya mulanya ikut Le Tour De Langkawi ni sejak 2005-2013. Tahun 2005-2007. Saya ikut LTDL ni untuk buat demo saja dgn Mat Dagu dan street rider Melaka untuk memeriahkan side event LTDL.
Pada tahun 2008, saya diberi peluang oleh bos side event LTDL bro Zulkarnain Shah untuk menguruskan demo bmx team yang ditaja oleh Milo dan diberi nama ‘Milo Extreme Team’ sepanjang LTDL berlangsung. Milo Extreme Team terdiri daripada 14 org 3 rider flat dan 3 rider stunt yang lain sebagai krew dan rider tambahan (ramai sgt kalau nak sebut semua nama). Team kami akan buat show di setiap karnival penamat pelumbaan LTDL ni.
Tugas saya adalah menguruskan tapak kanival dan juga team memastikan demo berjalan lancar, kebajikan, keselamatan, kesihatan seluruh Milo Extreme Team sepanjang event LTDL ni berlangsung. Lepas je event LTDL ni pandai2 jaga diri masing2. Hahaha…

 

Kenapa sekarang dah takde eh?
Start tahun 2014 milo tidak lagi sponsor utk LTDL ni jadi Milo Extreme Team pon takde la lagi buat demo 🙁 Hahaha…

 

Macam mana pengalaman ikut Le Tour De Langkawi tu?
Macam2 pengalaman suka dan duka ikut event LTDL ni setiap tahun. Ada rider yang tengah sakit alat kelamin pon sanggup nak folow gak event ni (tak tau la ape yang best) hahha…  Yang best ikut event ni hari2 berjalan, kejar masa, setup dan demo tempat dan negeri berlainan. Lain tempat lain pengalamannya, pepatah melayu mengatakan ‘jauh perjalanan luas pemandangan’.
Setiap hari mengadap crowd berlainan, yang paling best kalau demo kat kawasan pedalaman crowd yang sangat2 teruja dengan show yang dipersembahkan.
Dalam perjalanan sepanjang event tak payah la nak cite perangai rider2 dan krew2 semua hampir 2 minggu hidup bersama baik buruk perangai semua terkeluar macam2 ragam. Hahahhahaha…. Tapi yang pasti pengalaman sepanjang event LTDL ni memang indah2 belaka dan tak boleh dilupakan, biarkan ia menjadi kenangan. Hehehehe….

 

IMG_8150

 

Bagi pendapat kau, boleh ke hidup dengan hanya main BMX ni kat Malaysia ni?
Tak mustahil kalau rider nak cari makan melalui industri BMX kat Malaysia ni, tapi kena ada daya usaha dan disiplin yang sangat tinggi untuk mambangunkan industri bmx ni dan capai matlamat. Apabila industri BMX di Malaysia ni maju pasti ada banyak permintaan dan dari situ berbagai cabang/peluang perniagaan boleh dilakuan melalui BMX ni dan perlu kreatif untuk memasarkannya. Ia bergantung juga pada individu atau rider itu sendiri merebut peluang yang ada. Dimana ada kemahuan pasti ada jalannya.

 

Apa pendapat kau dengan scene OSBMX yang semakin naik sekarang ni?
Takde oldskool takde la newskool. Tersagat la bagus untuk perkembangan industri BMX kat Malaysia ni, walaupon sesetengah golongan hanya la collector tidak riding. Yang bestnya brand2 bmx yang dah lama pupus hidup kembali, rider2 lama kembali collect dan start riding balik. Cuma yang tak best harga bike dan parts lama ni jadi melambung tinggi la. Ape2 pon Hidup BMX dan terus hidup tidak makan di zaman.

 

Style ke trick yang penting?
Saya lebih suka melihat pada style kerana style melambangkan gaya tersendiri seseorang rider itu. Trick mungkin semua rider bole melakukannya sama, tapi dengan style tersendiri saja membezakan trick yang dilakukan itu menjadikan lebih menarik dengan style tersendiri.

 

Kalau ada rider-rider baru nak start ride flatland ni, kat mana diorang boleh belajar main?
Zaman sekarang yang serba canggih ni tersangat la mudah nak belajar click je kat youtube, vimeo ke bersepah video basic flatland ni. Ataupun bole add atau msg kat Facebook boleh tanya dan setting riding sama dan mintak tunjuk ajar.

 

Top 3 BMX videos?
Chenga flatland made easy
Diversion
japan video (tak igt nama)

 

Top 3 movies?
Layan je ape2 movie yg best

 

Top 3 flatland spot?
PJ Parking
KLCC
Taman Tasik Taiping

 

Top 3 BMX brand?
Quamen
Junglerider
Khe

 

IMG_8160

 

Ok thanks Zulkamal, ada kata-kata terakhir?
Terima kasih kepada Iwan Kayuhbmx kerna sudi interview saya ni. Kepada semua rider BMX tak kira la flatland, stunt, racing, rider lama, rider baru, osbmx janji basikal bmx dan bmx supporter, teruskan la usaha anda semua support sukan bmx demi majukan dan naikkan scene BMX Malaysia ni. Maju lah BMX untuk semua! Hidup BMX!!! Selamat pengantin baru Iwan Kayuhbmx!!! Assalamualaikum.

 

Comments

comments

Leave a Reply