Imran Ibrahim – Rider Of The Month

IMG_3411

Name: Muhammad Imran Bin Ibrahim nama di beri
Nickname: IMRAN IBRAHIM
Age: baru 21 year old doee and single
Hometown: Berasal dari Kuantan, Pahang
Years of riding: Pejam celik pejam celik, dah 4 tahun dah riding BMX ni .alhamdulillah.

IMG_3390

OK, kita mulakan dengan soalan yang paling susah…… hurrmmm… camne nak tanye ni eh….. emmm.. ok lah… apa khabar?
Sihat alhamdulillah..

Ko suke ride Park or street? Kenapa?
Aku suka ride dua2 park dgn street .. sebab kalau dekat park aku dapat rasa nikmat fly dgn bmx setinggi helang beterbangan. Bila dia street spot , aku dapat belajar mencari line2 baru untuk memantapkan permainan aku mengendalikan bmx .puiii

Park kegemaran kau kat Malaysia ni?
Buat masa ini park kegemaran aku dkt malaysia . KIARA PARK & PARK DKT KEDAH apo namo tah tempat tu..

Ramai ke rider BMX kat Kuantan tu?
Rider dkt kampung aku dalam 15 rider sahaja . Tapi yang aktif riding dalam 8 orang…

Biasanya korang ride kat mana?
Kita orang biasa ride dekat park kuantan je doe … nak street tapi dkt kuantan takde spot yang tiptop … sbb tu kita orang tak power mcm duck2 KL… hahaha

IMG_3427 copya

Trick apa yang kau suka buat?
Trick yang aku suka buat dkt park 360 no hander . Dkt street spot pulak hard 180 …..

Apa pencapaian kau yang paling besar dalam BMX ni?
Ermmmm .pencapaian? … tak tahu laaaa … aku rasa … 2013 aku pernah dapat 1place for beginner nama event street life rasanya location sk8park shah alam .. 1place at pcp for biginer … btw itu semua tak penting doe . Yang penting . Selama aku riding bmx aku happy sbb dapat kenal and jadi kawan dgn rider2 di malaysia … alhamdulillah semua rider2 malaysia friendly …

Macam mana ko rasa boleh naikkan scene BMX kat kuantan ni?
Aku rasa scene BNX boleh naik dekat kuantan ni tak lama lagi dengan adakan competition setiap tahun

IMG_3407

Kita tau yang selain riding BMX, kau main MTB jugak kan. Boleh ceritakan sikit pasal tu?
MTB،….????? .. sebenarnya aku start main MTB Downhill umur 15 tahun . Lepas tu aku stop.. aku try main skateboard sbb diracun oleh sepupu aku . Aku main suka2 je dalam masa 3tahun, bila main skateboard aku pergi ke skatepark . Dan bermula dari tu lah lihat rider2 lama kuantan beraksi … 2011 aku mula berjinak dgn bmx cap ayam 16kg … 1tahun kemudia baru lah aku mula cari barang bmx stunt di #KayuhBmx .Berbalik kepada MTB downhill semula … aku just dapat sponsor dari local kawan aku KoyaClothing . Dia hanya support duit register sahaja. Makan transport pandai2 lah aku settle

 

11121041_986331174751176_2088944824_n

 

So mana ko lebih suka, MTB atau BMX?
Aku suka main dua2 … MTB downhill dan BMX stunt .. kedua2 sukan ni memberi aku keseronokkan .. harapan aku. Aku nak naikkan MTB Downhill dan BMX stunt di Kuantan..

Selain tu, aku tau ko ade main benda lain jugak. Baik cakap. Hahaha!
DAMN!!! .. roller blader a.k.a inline tu aku main dkt minit spot je . Contoh tempat skateboarder kuantan street depan kedai BAGAskateshop … #AmSupported

IMG_3439

Ko tak pernah join competition BMX race jugak kan kat Selayang. Macam mane, best ke race tu?
HAHAHAHAHAAA .yes aku ada join Race BMX RACING dekat Selayang. Btw tu first time aku join BMX racing bullshit doe , tak rasa kaki. Btw time tu aku support rider bmx racing dari kuantan … kebertulan idola BMX stunt aku ada sekali .. Boy Sarawak and Saiful Arip …

Rimmagang tu ape bende eh?
RIMMAGANG tu apa?? .. rimmagang tu Local brand yang di handle oleh rider bmx kuantan jugak .Kecik Gnome .. .. rimmagang ada sponsor aku jugak mcm Koyaclothing ..

Ko plan nak main BMX ni sampai jadi pro, atau just suka-suka je?
Kalau panjang umur. Aku akan teruskan main bmx sampai Harry main kenal aku.

Bagi pendapat kau, competition BMX tu penting ke tak?
Competition BMX sangat penting bagi aku . Tapi aku takde transport nak join sebab competition biasa buat luar negeri

IMG_3399

Ok thanks Imran, ada kata-kata terakhir?
Kata2 terakhir … terima kasih kepada semua kawan2 dan family yang support aku .aku harap sukan extreme BMX dan lain dapat sambutan seperti di luar negara yang lain … majulah sukan untuk negara . Peace yoo

IMG_3447

 

 

 

Continue ReadingImran Ibrahim – Rider Of The Month