Nickname: Mat Dagu
Age: 36
Hometown: Kuala Kangsar, Perak
Years of riding: 22
Sponsors: Vans, Jungle Rider, 20 Inch Circle, MDG
Sebelum sekolah dekat Sungai Petani saya sekolah dekat Sekolah Menengah Padang Tembak Kuala Lumpur, nama masa dekat KL lain, orang panggil saya Shaiful. Bila berpindah ke Kedah pada tahun 1993, baru wujud nama Mat Dagu tu dan ia datang dari kawan baru saya kalau tak silap Arif nama dia di Sekolah Menengah Bakar Arang Sungai Petani. Katanya kerana dagu saya unik dan sedikit panjang dari orang lain jadi dia namakan saya Mat Dagu pasal ramai juga yang nama sama Shaiful dan Ahmad. Maka kawan yang lain pun mula la gunakan gelaran tu. Tetapi dalam scene bmx dahulu semasa lewat 90an ramai juga yang menggelarkan saya Mat SP. Tapi setelah masuk era y2k Mat Dagu lebih banyak digunakan. Ada byk juga nama gelaran saya yg lain seperti Ahmad, Shaiful, Poi, Matt Dag, Mit daga, MDG.
Bermula pada tahun 1992 dimana abang saya Shalby telah custom sebiji basikal untuk saya, masa tu masih di KL. Walaupun ia bukan Kuwahara original tetapi saya menghargainya kerana ia lah permulaan perjalanan saya ke peringkat yang belum bertemu hujungnya. Walaupun abang saya tak banyak trick semasa tu tapi ia bagaikan satu suntikan semangat untuk saya terus ingin mencuba mengembangkan kemahiran. Kami terpisah kerana Shalby harus duduk di KL sehingga habis SPM dan saya pula ikut keluarga pindah ke Kedah. Semasa di Kedah, saya fikir tak ramai yang menggilai bmx ni pasal dekat kawasan saya pindah tu tak banyak bmx tetapi jangkaan saya meleset, rupanya Sungai Petani ni memang lubuk Bmx dari dahulu lagi. Apabila berjumpa makin ramai rider, ia menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus menceburi bidang ini.
Dahulu saya bukan sahaja ride flatland, tapi orang lama dulu memang main semua kategori bmx seperti street, ramp, dirt, flatland. Saya meneruskan flatland secara serius kerana saya dapati ia amat mencabar minda ini untuk terus mencari dan mencari teknik yang sukar. Dan saya juga suka mencari sesuatu yang lain dari orang lain dalam bidang ini.
Bangun makan ride tidor bangun makan ride tidor haha. Kalau dekat rumah saya, selalunya selepas subuh saya akan kayuh ke pekan untuk riding sehingga tengah hari. Lepas tu pulang makan dan chill dengan bapak saya. Petang selepas asar saya keluar untuk sesi seterusnya sehingga maghrib. Selepas isyak baru balik rumah baiki basikal ke, main gitar ke, gurau dengan bapak atau ngaji ke, main gitar dan selepas tu tidor. Kalau saya kerja welding, normally jarang riding. Seminggu mungkin sekali – tiga kali riding selama sejam dua di waktu malam. Siang hari memang mengadap besi je. Pernah juga dapat shift petang dimana kerja start selepas asar maka time riding sebelum pergi kerja. Welding ni kerja part time sahaja. Kalau takda kerja memang saya duduk di rumah sahaja atau travel jumpa rider MDG
Kalau dekat rumah saya ride dekat Bukit Candan atau dekat Lembah Kuala Kangsar. Kalau dekat PJ memang port femes yakni Parking Kompleks A PJ samada rooftop atau ground floor. Kalau dekat KL semestinya KLCC atau titiwangsa atau Tasik Perdana.
Saya nak shoot video untuk tahun ini. Dah lama sangat tak shoot video, untuk sponsor juga. Saya nak promo product perkongsian saya dengan Man rtm iaitu MDG supaya lebih dikenali ramai. Nak amik krusus welding ke level yang lebih tinggi. Nak mempertingkatkan lagi skill yang saya ada insyaAllah.
Brake dan brakeless pasti berbeza flow nya. Ada yang sukar untuk dilakukan tanpa brake dan ada juga yang sukar untuk dilakukan walaupun menggunakan brake. Tanpa brake kadang memang terasa susah untuk kayuh long distance serta naik turun bukit. Tetapi semasa bermain saya rasa selesa tanpa brake, ia seperti bebas untuk memegang mana mana bahagian handlebar.
Internationally Chad Degroot kerana dari zaman saya mula main, asyik muka dia ja dalam majalah hahaha. Dan juga di dalam video. Martti Kuoppa dan Viki Gomez kerana mereka memang membawa flatland kepada satu arah yang lebih tinggi. Jesse Puente serta York Uno kerana mereka mengutamakan original. Tetapi keseluruhannya adalah Kevin Jones dan Chase Gouin kerana mereka antara pelopor yang awal yang sangat dahsyat.
Mungkin kerana flatland ni satu benda yang sukar untuk dilakukan. Satu lagi mungkin peredaran zaman yang berbeza, waktu zaman saya dan sebelum saya, bagi saya lagi sukar lagi syok nak buat. Mungkin zaman sekarang ni nak benda yang mudah sahaja. Mungkin sahaja, saya tak berani kata lebih hehe. Saya bukan nak kata kategori lain mudah untuk dimainkan. Contoh macam street juga susah, flatland ni dia susah dia up sikit lagi je. Nak tau susah macam mana sila cuba. Tetapi bila semua basic dah dalam genggaman. Semua insyaAllah jadi mudah. Satu lagi mungkin pasal rider flatland ni banyak yang underground. Saya tau ramai rider underground dalam scene ni pasal saya banyak merantau sana sini. Mungkin dah sampai masa untuk show off sikit untuk menaikkan kembali scene ni. Tapi scene sebenarnya bukan satu benda yang sesiapa boleh control. Ia naik turun suka hati sahaja. Dari saya mula main saya dah nampak turun naik scene ni jadi apa yang saya lakukan adalah terus ride serta mempromosikan bmx flatland ni. Siapa sangka suatu hari nanti ia naik kembali atau takda siapa main dah.
2015 dah rasa cam impossible pulak pasal mata wang kita makin teruk, ia sedikit sebanyak memang akan mengganggu harga basikal yang kian mahal. Hang tak rasa ka ? Haha. Dulu barang basikal mudah dapat local atau original serta murah. Tapi kalau dah minat mahal pasti beli juga hahaha. Memang rasa macam mustahil boleh jadi macam dulu tapi mungkin boleh meriah juga dengan ada beberapa rider baru dan rider lama mula riding kembali. Kalau nak besar macam dulu memang agak mustahil.
Saya tak pernah menang nombor 1 dari mula pegang basikal 1993 hingga ke tahun 2001. Jadi pada tahun 2001 tu ada Asean X tour dimana saya jadi juara buat kali pertama jadi itu menjadi satu kebanggaan buat saya sepanjang karier lah, dapat beat Redza long time champion kot haha. Tahun yang sama saya jadi juara keseluruhan sirkit kebangsaan. Saya juga banyak kali keluar negara untuk pelbagai kejohanan tapi paling best pada tahun 2006 dan 2007 kerana ia saat paling best apabila sponsor saya pada waktu itu Wild Channel dan 20 Inch Circle telah menghantar saya ke kejohanan peringkat dunia dimana saya mendapat tempat ke 30 (2006) dan 23 (2007) walaupun tak pernah dapat top ten tapi saya berbangga kerana bukan mudah untuk dapat peluang seperti ini. Kalau nak diceritakan memang panjang la ceritanya haha. Simon Lim (20 inch circle) memang banyak membantu saya dari 2004 hingga sekarang. Idea pi ke kejohanan nj bermula dari dia la, dan Fengnee dari Wild Channel yang juga banyak membantu serta nasihat. Selain dari world bmx ada juga kejohanan lain di Korea, Taiwan, Macau, Thailand, Indonesia, Singapore yang ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Terima kasih atas sumbangan anda yang banyak membantu saya dalam bidang ini.Banyak orang berpendapat ride flatland ni tak bahaya. Bagi pendapat anda?
Adakala bahaya, ada kala tidak, bergantung pada pandangan seseorang yang nak mencuba tu la. Kalau tiba tiba dia jatuh koyak hidung dan mulut tu entah nak kira bahaya ke tidak haha. Bagi saya kurang merbahaya. Tetapi harus hati hati juga. Nak terseliuh tu kadar paling tinggi. Kalau jatuh tu mmg takda la setinggi macam mereka yang riding ramp atau dirt la.
Sepanjang karier saya memang sukar untuk menjadi profesional rider yang hanya hidup bergantung pada profession ini. Saya sendiri ada buat kerja lain selain bmx ini. Tetapi ada pihak tertentu masih mencuba menjadikan bmx ni supaya suatu hari nanti ia jadi profession yang boleh dibanggakan atau boleh cari makan dengan menjadi professional rider. mungkin bukan pada zaman saya, zaman selepas saya ke, siapa nak tau kan. Ramai rider kat malaysia ni ride sebagai hobi, ada juga yang buat duit dari show atau menjual barang basikal. Ada juga yang serius sambil bekerja.
Sampai saya tak larat nak kayuh dah, selagi ada daya, selagi tu la saya main. InsyaAllah. Sememangnya inilah keinginan saya.
Osbmx ni mengingatkan saya tentang zaman yang sudah berlalu. Kalau anda pernah lalui pasti anda mengetahui bagaimana perasaan tu. Osbmx ni bagus juga ia wujud kerana ia menjadi panduan untuk rider baru mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah bmx. Saya pada mulanya takda la nak beli sangat basikal lama ni tetapi selepas sponsor saya Vans Malaysia menghadiahkan saya Haro Freestyler Master X Vans 1985 repro made in taiwan, ia bagaikan pencetus untuk lebih menceburi bidang osbmx ni. Basikal osbmx pertama saya beli Dyno Compe 1988 rm1000 dari USA made in taiwan warna merah. Agak buruk basikal ni pasal ia riding condition. Basikal kedua saya beli basikal yang semua orang tak tahu brand nya hahaha. Saya dah cat warna hitam semua. Masa beli basikal tu rm350 je, tapi dah tukar tu ni tu ni cat jadi la rm1400. Basikal ketiga GT Pro Freestyle Tour 1993 beli dari USA dan handmade in USA. Harga rm900 frame dan fork. Bikin tu ni tu ni jadi la rm2000 semuanya. Jangan minta beli ye, haro tu dengar sekarang ni harga dia dah capai rm11000. Boleh pengsan wo.Body fitness penting ke dalam main BMX ni?
Kalau boleh keep fit la. Kalau tak fit pon boleh cuma nanti sempot la. Paling kurang pun pumping ke sit up ke joging ke. Sesiapa yang rasa badan besar tak boleh buat trick tu harap dia sila bersembang dengan geng Poor Boy Kampung Pandan dahulu. Then bagi alasan yang kukuh hahaha. Tiada ulasan disini. Respect team PoorBoy
Style ke trick yang penting?
Dua dua penting, trick banyak takda style rugi. Style lebih takda trick pon rugi. Makin lama riding makin banyak trick bukan makin kurang,dari situ nanti jadi la macam macam style. InsyaAllah.
Kalau ada rider-rider baru nak start ride flatland ni, kat mana diorang boleh belajar main?
Kawasan taman sekarang ni sudah ada court badminton atau bola keranjang. Kadang court tu mesti ada orang guna jadi bergilir la guna. Kawasan pangsapuri dan kondo pula ada multistorey carpark pon boleh guna untuk latihan. Dekat sekolah pon boleh pasal masa dulu saya ride selepas sekolah sebelum balik rumah haha. Kalau takda mentor, belajar melalui youtube dan video dekat mana mana website. Zaman saya dulu guna video tape je. Siapa dia ja yang nak ajar hitchhiker dekat saya ? Zaman saya main takda orang boleh buat trick tu camna haha. So jangan putus asa mencuba. Jatuh sekali tak bererti kalah. Jatuh banyak kali pun bukan bermakna tak boleh buat.
Top 5 BMX videos?
Solitaire, all Flatland Manifesto episode, KGB, intrikat and all Chase Gouin videos
Top 3 movies?
Transformer, Star Wars, Terminator
Top 3 flatland spot?
Kompleks A PJ, Market Taman Ria SP, all Tesco carpark
Top 3 BMX brand?
Jungle Rider, Haro, KHE
Ok thanks Mat Dagu ada kata-kata terakhir?
Jagalah kesopanan dan kesusilaan, budi bahasa budaya kita, merendah diri, biar putih tulang jangan putih mata, banyak membaca serta berjalan kaki dan senaman, belajar dari kesilapan. Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sponsor sponsor saya Vans Malaysia yang dah pun masuk tahun ke 4 dengan mereka. Kepada Jungle Rider yang sudah 5-6 tahun dan paling lama sponsor saya 20 Inch Circle yang sudah pon 11 tahun dan juga kepada Man rtm yang banyak berkorban untuk brand kami MDG. Tak lupa juga perharga kepada bekas sponsor saya KGB, Devise, Wild Channel, MBPJ, YSB, KBS, Kedai Basikal Sooi Hin, mereka ni banyak membantu saya dan scene bmx. Sekian, wabillahi hidayah taufiq wassalamualaikum warahmatullah.
terbaek bro sebasikal zaman sekolah
(Y)
terbaek bro sebasikal zaman sekolah
(Y)
Body fitness penting ke dalam main BMX ni?
Kalau boleh keep fit la. Kalau tak fit pon boleh cuma nanti sempot la. Paling kurang pun pumping ke sit up ke joging ke. Sesiapa yang rasa badan besar tak boleh buat trick tu harap dia sila bersembang dengan geng Poor Boy Kampung Pandan dahulu. Then bagi alasan yang kukuh hahaha. Tiada ulasan disini. Respect team PoorBoy… Terima kasih pada Mat @ MDG kerana telah beri banyak tunjuk ajar dan pembakar semangat utk riding kembali bagi Geng Poor Boy Kampung Pandan.