Rider Of The Month – Mat Dagu

IMG_7889

 

Name: Ahmad Shaiful Azis
Nickname: Mat Dagu
Age: 36
Hometown: Kuala Kangsar, Perak
Years of riding: 22
Sponsors: Vans, Jungle Rider, 20 Inch Circle, MDG

 

IMG_7851

 

Siapa yang bagi nama Mat Dagu tu?
Sebelum sekolah dekat Sungai Petani saya sekolah dekat Sekolah Menengah Padang Tembak Kuala Lumpur, nama masa dekat KL lain, orang panggil saya Shaiful. Bila berpindah ke Kedah pada tahun 1993, baru wujud nama Mat Dagu tu dan ia datang dari kawan baru saya kalau tak silap Arif nama dia di Sekolah Menengah Bakar Arang Sungai Petani. Katanya kerana dagu saya unik dan sedikit panjang dari orang lain jadi dia namakan saya Mat Dagu pasal ramai juga yang nama sama Shaiful dan Ahmad. Maka kawan yang lain pun mula la gunakan gelaran tu. Tetapi dalam scene bmx dahulu semasa lewat 90an ramai juga yang menggelarkan saya Mat SP. Tapi setelah masuk era y2k Mat Dagu lebih banyak digunakan. Ada byk juga nama gelaran saya yg lain seperti Ahmad, Shaiful, Poi, Matt Dag, Mit daga, MDG.

 

Apa yang membuatkan anda start riding BMX?
Bermula pada tahun 1992 dimana abang saya Shalby telah custom sebiji basikal untuk saya, masa tu masih di KL. Walaupun ia bukan Kuwahara original tetapi saya menghargainya kerana ia lah permulaan perjalanan saya ke peringkat yang belum bertemu hujungnya. Walaupun abang saya tak banyak trick semasa tu tapi ia bagaikan satu suntikan semangat untuk saya terus ingin mencuba mengembangkan kemahiran. Kami terpisah kerana Shalby harus duduk di KL sehingga habis SPM dan saya pula ikut keluarga pindah ke Kedah. Semasa di Kedah, saya fikir tak ramai yang menggilai bmx ni pasal dekat kawasan saya pindah tu tak banyak bmx tetapi jangkaan saya meleset, rupanya Sungai Petani ni memang lubuk Bmx dari dahulu lagi. Apabila berjumpa makin ramai rider, ia menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus menceburi bidang ini.

 

Kenapa ride flatland?
Dahulu saya bukan sahaja ride flatland, tapi orang lama dulu memang main semua kategori bmx seperti street, ramp, dirt, flatland. Saya meneruskan flatland secara serius kerana saya dapati ia amat mencabar minda ini untuk terus mencari dan mencari teknik yang sukar. Dan saya juga suka mencari sesuatu yang lain dari orang lain dalam bidang ini.

 

IMG_7865

 

Boleh ceritakan rutin sehari-harian anda?
Bangun makan ride tidor bangun makan ride tidor haha. Kalau dekat rumah saya, selalunya selepas subuh saya akan kayuh ke pekan untuk riding sehingga tengah hari. Lepas tu pulang makan dan chill dengan bapak saya. Petang selepas asar saya keluar untuk sesi seterusnya sehingga maghrib. Selepas isyak baru balik rumah baiki basikal ke, main gitar ke, gurau dengan bapak atau ngaji ke, main gitar dan selepas tu tidor. Kalau saya kerja welding, normally jarang riding. Seminggu mungkin sekali – tiga kali riding selama sejam dua di waktu malam. Siang hari memang mengadap besi je. Pernah juga dapat shift petang dimana kerja start selepas asar maka time riding sebelum pergi kerja. Welding ni kerja part time sahaja. Kalau takda kerja memang saya duduk di rumah sahaja atau travel jumpa rider MDG
Continue Reading Rider Of The Month – Mat Dagu