Rider Of The Month – Aan

Name: Mohamad Farhannudin Bin Mohd Anwar Nickname: Aan / Aandugan /Aanbegin dan segala jenis mat saleh Age: 20 Hometown: Serendah , Selangor Years of riding: Start from the end of 2011 Sponsors: MDG Clothing     Apa sebenarnya nickame kau ni? Aan McMurray ke, Aan Barraco ke. Aan Begin ke. Aan Dugan ke. Pening la aku. -Terlalu banyak nama samaran yg aku dapat tapi semua tu sekadar suka2 je . Aku tak kisah orang nak panggil ape , kalau aku pandang maksudnya aku lah tu . Hahaha   Jadi kenape kau suka nama-nama rider mat salleh ni kat belakang nama kau? -Nak letak nama rider local contohnya Aan Tadaski or Aan Syukri macam tak kene dan bakal di kecam nanti . So , aku pilih lah rider overseas . Gitu ceritanya   kau sekarang study lat UITM Perak kan, ambik course ape? - Yes aku study dekat UiTM Seri Iskandar dan aku amek course Diploma in Photography And Creative Imaging .   Biasanya ride kat mana? -Depends , semua tempat boleh ride kalau rasa ia cukup sempurna bagi aku untuk ride . Tapi skatepark shah alam adalah pilihan utama sebab di situ aku bermula .   Style ke trick yang penting? - Trick consistent dulu baru style , kalau style lebih pon tak guna sebab trick tak ada . Poser je tu       Kau baru balik dari riding trip ke Penang kan. Cube cite sikit.  - Yes , aku baru habis trip bersama dua sahabat karib aku Syafiq Zazlan dan Ammar Syukri . Dah lama niat nak ke sana dan banyak kali local sana ajak ride so aku decide untuk penuhi hasrat ni time aku tgah sem break . Pada awalnya agak susah jugak perjalanan kiteorang ni disebabkan faktor kenderaan . Tapi ia dapat diselesaikan oleh Ammar Syukri dgan membawa Waja berenjin Kapal Terbang . Scene BMX kat sana tak lah mendap , setiba kiteorang sampai di sana diorang sambut dengan baik . Aku berterima kasih jugak dekat Fizi sebab sanggup lari2 kerja untuk kiteorang , layanan dia baik sekali . Kiteorang dibekalkan rumah bangglo tiga tingkat dekat bahagian pulau . Terima kasih jugak dekat Yas dan Kecik sebab luangkan masa bersama . Aku tak lupa jugak pada #bangstry crew sebab gelagat mereka yg sangat mencuit hati . Aku harap satu masa nanti kita dapat luangkan masa bersama . Dapat jugak aku ride dekat Ampang Jajar , sebab sebelum ni aku sampai ke sana dengan kecederaan yang serious pada pergelangan kaki sewaktu Sempoi Tour .   Kenapa nama video tu #GoodTimesByAGoodDay ? -Haaa soalan ini mungkin dapat di jawab dengan mudah . Sebelum kami ke sana , diorang selalu cakap yg penang kerap hujan waktu petang . Aku takut jugak lah disebabkan faktor hujan ia bakal menghancurkan trip kami . Tapi alhamdulillah , 3hari kami di sana cuaca baik dan tak ada masalah untuk riding cuma masalah pada aku sebab tumit kaki bengkak sehari sebelum ke penang . Urmmm sebab apa yeee ... hihihi . Jangan lupa tengok video trip tu…

Continue ReadingRider Of The Month – Aan

ROTM – Shaszwan

Name: Muhammad Shaszwan bin Rashidi Nickname: Panggil Wan je Age: 21 tahun.. Years Of Riding: Dh ride 3 tahun lebih mcm tu Hometown: Memang asal K.L Sponsor: Sponsor ? Hahah..     Kita mulakan dengan soalan yang paling susah…… hurrmmm… apa khabar? Soalan yang susah dijawab dgn mudah..sihat Alhamdulillah..hehehe   Apa yang membuatkan kau start riding BMX? Apa yang membuat kn aku riding ialah kwn2 area rumah aku dulu ajak..sebab kitorang ada jalan2 dkt dalam s.wang lepas tu lalu dkt kdai UGP..ternampak video BMX..time tu kitorang teruja gila dgn BMX ni lepas tu ramai2 buat keputusan utk riding..dh lama2 semua gone..tinggal aku sorang je..hahahahah..   Ko suke ride Park or Street? Kenapa? Kalau aku suka ride dua dua kot..sebab park atau street ada best dia..tapi bagi aku utk baru2 nk riding nie kena ride skatepark dulu..bagi belajar flow obstacle baru laa ke street..baru boleh apply trick yg kita belajar tu dkt street   Biasanya ko ride kat mana? Kalau dulu ride skatepark selalunya dkt park Kpg Batu..bg aku tu skatepark paling best..tapi sayang skrg dh barai..so skrg dkt ride dkt skatepark M.K je laa..kalau street area K.L     Ko antara geng rider yang ride kat tengah kota Kuala Lumpur. Bagi kau perlu ke ada skatepark kat tengah area KL tu? Bagi aku perlu ! Baru best..buat mcm skateplaza..serious best gila ride dkt skatepark yg dkt tgh2 bndr..contoh mcm dkt Thailand..buat bwh flyover je..tak payah fikir bumbung dh..kalau mlm suluh spotlight..settle..ura-ura mengatakn nnti ada skatepark nk buat dkt area K.L..bwh flyover jugak..tapi taktau laa..harap2 menjadi   Biasanya berapa ramai rider ride street kat area KL tu eh? Biasanya ramai jugak..nk dkt 10 org jugak laaa kalau ada yg tak busy..contoh2 slalu ada Ajijol Akim,AleongAby Ruslan n penasihat penting,Abg Azlan Aziz..hehehehehe   Dengar cite ko dah sibuk kerja sekarang, kurang sikit riding. Betul ke? Memang busy sekarang..sekarang dh keje nie weekend je laaa yg boleh aku harap utk ride..mcm dulu tak kisah bila..bedal je..yg penting ride..walaupun kena kayuh jauh..sekarang nk kayuh jauh pun dh pancit     Ada apa-apa plan untuk karier BMX anda tahun 2015 ni? Untuk plan dalam aku ride skrg nie takda lagi kot..sebab dh keje sekarang..cuma bila dpt ride,push sehabis baik jelaaa   Bagi pendapat kau, boleh ke hidup dengan hanya main BMX ni kat Malaysia ni? Boleh kot tp tak sehebat mcm dkt luar laa..tapi tgk orang jugakkan..mcm aku nie macam tak boleh je..nk menang comp pun susah ape ntah nk hidup dgn usaha aku ride..hehehe   Style ke trick yang penting? Dua dua penting sebab kalau focus trick je nnti sketchy..kena ada lenggok n style riding jugak sebenarnya..   Kalau ada rider-rider baru nak start ride kat area town KL ni, kat mana diorang boleh belajar main? Kalau ada budak2 yg baru nk main n nk belajar ride dkt mana area street K.L nie,aku rasa ampang park kot..sbb flatground dia pun okay kn..ada stair kecik..boleh blajar drop kan..ledge pun ada..gap rumput kecik pun ada..okay laa utk baru blajar..     Top 3 BMX videos? 1.Cult-Talk…

Continue ReadingROTM – Shaszwan

Zulkamal – Rider Of The Month

Name: Ahmad Zulkamal Ibrahim Nickname: zul/kamal/zul kj/jool Age: 33 Hometown: Petaling Jaya Years of ridig:+-20 tahun Sponsors: bergantung pada company kawan2 nak kasi ambik tak kasi no hal. TQ iwan kasi tshirt kayuhbmx. Hehe..   Kita mulakan dengan soalan yang paling susah...... hurrmmm... apa khabar? Assalamulaykum semua.. Fuhh soalan ni memang sangat susah dan mencabar minda untuk di jawab, tapi takpe saya cuba menjawabnya dengan tenang. Alhamdulillah syukur pada Ilahi saya masih dikurniakan kesihatan yang baik, moga semua diluar sana dalam keadaan sihat dan baik2 begitu juga Encik Iwan. Selamat pengantin baru!!!   Apa yang membuatkan kau start riding BMX? Panjang kalau nak diceritakan ni, saya cuba singkatkan cerita ni. Dulu2 awal tahun 90'an takde basikal lain se”cool” basikal BMX ni. Semasa saya di darjah 3, arwah ayah saya telah membelikan saya sebijik basikal BMX (takde jenama) yang berharga RM80 complete bike pada saya dan itu la basikal bmx pertama ku. Dari basikal ni la saya bawa ronda2 dan jumpa kawan2 lain yang juga berbasikal BMX, start bikin2 dan modifikasi basikal BMX ku ni. Masa saya di tingkatan 1 pula, kat area rumah saya selalu ternampak sorang brother yang bernama Munawir riding flatland dan kali pertama saya tengok orang riding flatland selain daripada tu ride oldskool la. hampir setiap hari saya tengok dia riding, dia banyak memberi saya pendedahan dan info tentang BMX/Flatland ni dgn memberi tonton video2 dan magazine bmx. Start daripada sini la saya mula minatnya flatland ni dan mendalami lg tentang BMX dan flatland ni. Sehingga la kini saya masih lagi ride BMX… Kenapa ride Flatland? Entah la susah nak cakap pasal kenapa ride flatland ni. Ada org kata susah main flatland ni. Hanya orang2 yang riding flatland je yang tau dan paham. Bagi saya la flatland ni sangat menyeronokkan walaupon susah nak pelajarinya. Ia membuatkan seseorang rider tu berfikir sentiasa dan kreatif untuk menggayakan sesuatu trick dlm link. Lebih menyeronokkan lagi jika link yg dilakukan tu land atau pon trick yang tak disangka2 menjadi dengan sempurna. Perghh... Tak tau nak kata kepuasannya. Hanya seorang flatlander je yang tau. Mungkin sebab tu la saya ride flatland! Hehehe...     Aku tengok kau suka sangat mancing, ape yang bestnye mancing ni?  Hahaha.... Sibuk je encik iwan tgk org suka mancing. Haha... Ye la asyik tgk bmx atau riding je bosan jugak kan kadang2 tu. Memancing ni salah satu hobi dan aktiviti saya yg lain. Apabila saya pegi memancing saya suka melihat dan menikmati  keindahan alam sekitar yg tenang selain daripada itu menantikan ikan mengena joran yg di pancing. Ia juga menguji kesabaran seseorang. Ramai jugak rider2 luar dan pro sukakan aktiviti mancing ni. Nak tau best ke tak jom gi mancing sama. Hahaha...   Selalu ke masuk competition memancing? Tak la selalu sgt masuk comp mancing ni.  Kadang2 tu ada la kalau prize menarik. Saje seronok2.   Antara comp mancing dengan comp BMX, mane lagi best? haha Hahaha...  Comp mancing yg bestnya prize yg ditawarkan menarik hadiah cash sehingga rm100,000 tu... Kalau bmx ni hadiah yg paling tinggi pon 2-3 ribu tapi yg…

Continue ReadingZulkamal – Rider Of The Month

Imran Ibrahim – Rider Of The Month

Name: Muhammad Imran Bin Ibrahim nama di beri Nickname: IMRAN IBRAHIM Age: baru 21 year old doee and single Hometown: Berasal dari Kuantan, Pahang Years of riding: Pejam celik pejam celik, dah 4 tahun dah riding BMX ni .alhamdulillah. OK, kita mulakan dengan soalan yang paling susah...... hurrmmm... camne nak tanye ni eh….. emmm.. ok lah… apa khabar? Sihat alhamdulillah.. Ko suke ride Park or street? Kenapa? Aku suka ride dua2 park dgn street .. sebab kalau dekat park aku dapat rasa nikmat fly dgn bmx setinggi helang beterbangan. Bila dia street spot , aku dapat belajar mencari line2 baru untuk memantapkan permainan aku mengendalikan bmx .puiii Park kegemaran kau kat Malaysia ni? Buat masa ini park kegemaran aku dkt malaysia . KIARA PARK & PARK DKT KEDAH apo namo tah tempat tu.. Ramai ke rider BMX kat Kuantan tu? Rider dkt kampung aku dalam 15 rider sahaja . Tapi yang aktif riding dalam 8 orang... Biasanya korang ride kat mana? Kita orang biasa ride dekat park kuantan je doe ... nak street tapi dkt kuantan takde spot yang tiptop ... sbb tu kita orang tak power mcm duck2 KL... hahaha Trick apa yang kau suka buat? Trick yang aku suka buat dkt park 360 no hander . Dkt street spot pulak hard 180 ..... Apa pencapaian kau yang paling besar dalam BMX ni? Ermmmm .pencapaian? ... tak tahu laaaa ... aku rasa ... 2013 aku pernah dapat 1place for beginner nama event street life rasanya location sk8park shah alam .. 1place at pcp for biginer ... btw itu semua tak penting doe . Yang penting . Selama aku riding bmx aku happy sbb dapat kenal and jadi kawan dgn rider2 di malaysia ... alhamdulillah semua rider2 malaysia friendly ... Macam mana ko rasa boleh naikkan scene BMX kat kuantan ni? Aku rasa scene BNX boleh naik dekat kuantan ni tak lama lagi dengan adakan competition setiap tahun Kita tau yang selain riding BMX, kau main MTB jugak kan. Boleh ceritakan sikit pasal tu? MTB،....????? .. sebenarnya aku start main MTB Downhill umur 15 tahun . Lepas tu aku stop.. aku try main skateboard sbb diracun oleh sepupu aku . Aku main suka2 je dalam masa 3tahun, bila main skateboard aku pergi ke skatepark . Dan bermula dari tu lah lihat rider2 lama kuantan beraksi ... 2011 aku mula berjinak dgn bmx cap ayam 16kg ... 1tahun kemudia baru lah aku mula cari barang bmx stunt di #KayuhBmx .Berbalik kepada MTB downhill semula ... aku just dapat sponsor dari local kawan aku KoyaClothing . Dia hanya support duit register sahaja. Makan transport pandai2 lah aku settle     So mana ko lebih suka, MTB atau BMX? Aku suka main dua2 ... MTB downhill dan BMX stunt .. kedua2 sukan ni memberi aku keseronokkan .. harapan aku. Aku nak naikkan MTB Downhill dan BMX stunt di Kuantan.. Selain tu, aku tau ko ade main benda lain jugak. Baik cakap. Hahaha! DAMN!!! .. roller blader a.k.a inline tu aku main dkt minit…

Continue ReadingImran Ibrahim – Rider Of The Month

Rider Of The Month – Mat Dagu

IMG_7889

 

Name: Ahmad Shaiful Azis
Nickname: Mat Dagu
Age: 36
Hometown: Kuala Kangsar, Perak
Years of riding: 22
Sponsors: Vans, Jungle Rider, 20 Inch Circle, MDG

 

IMG_7851

 

Siapa yang bagi nama Mat Dagu tu?
Sebelum sekolah dekat Sungai Petani saya sekolah dekat Sekolah Menengah Padang Tembak Kuala Lumpur, nama masa dekat KL lain, orang panggil saya Shaiful. Bila berpindah ke Kedah pada tahun 1993, baru wujud nama Mat Dagu tu dan ia datang dari kawan baru saya kalau tak silap Arif nama dia di Sekolah Menengah Bakar Arang Sungai Petani. Katanya kerana dagu saya unik dan sedikit panjang dari orang lain jadi dia namakan saya Mat Dagu pasal ramai juga yang nama sama Shaiful dan Ahmad. Maka kawan yang lain pun mula la gunakan gelaran tu. Tetapi dalam scene bmx dahulu semasa lewat 90an ramai juga yang menggelarkan saya Mat SP. Tapi setelah masuk era y2k Mat Dagu lebih banyak digunakan. Ada byk juga nama gelaran saya yg lain seperti Ahmad, Shaiful, Poi, Matt Dag, Mit daga, MDG.

 

Apa yang membuatkan anda start riding BMX?
Bermula pada tahun 1992 dimana abang saya Shalby telah custom sebiji basikal untuk saya, masa tu masih di KL. Walaupun ia bukan Kuwahara original tetapi saya menghargainya kerana ia lah permulaan perjalanan saya ke peringkat yang belum bertemu hujungnya. Walaupun abang saya tak banyak trick semasa tu tapi ia bagaikan satu suntikan semangat untuk saya terus ingin mencuba mengembangkan kemahiran. Kami terpisah kerana Shalby harus duduk di KL sehingga habis SPM dan saya pula ikut keluarga pindah ke Kedah. Semasa di Kedah, saya fikir tak ramai yang menggilai bmx ni pasal dekat kawasan saya pindah tu tak banyak bmx tetapi jangkaan saya meleset, rupanya Sungai Petani ni memang lubuk Bmx dari dahulu lagi. Apabila berjumpa makin ramai rider, ia menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus menceburi bidang ini.

 

Kenapa ride flatland?
Dahulu saya bukan sahaja ride flatland, tapi orang lama dulu memang main semua kategori bmx seperti street, ramp, dirt, flatland. Saya meneruskan flatland secara serius kerana saya dapati ia amat mencabar minda ini untuk terus mencari dan mencari teknik yang sukar. Dan saya juga suka mencari sesuatu yang lain dari orang lain dalam bidang ini.

 

IMG_7865

 

Boleh ceritakan rutin sehari-harian anda?
Bangun makan ride tidor bangun makan ride tidor haha. Kalau dekat rumah saya, selalunya selepas subuh saya akan kayuh ke pekan untuk riding sehingga tengah hari. Lepas tu pulang makan dan chill dengan bapak saya. Petang selepas asar saya keluar untuk sesi seterusnya sehingga maghrib. Selepas isyak baru balik rumah baiki basikal ke, main gitar ke, gurau dengan bapak atau ngaji ke, main gitar dan selepas tu tidor. Kalau saya kerja welding, normally jarang riding. Seminggu mungkin sekali – tiga kali riding selama sejam dua di waktu malam. Siang hari memang mengadap besi je. Pernah juga dapat shift petang dimana kerja start selepas asar maka time riding sebelum pergi kerja. Welding ni kerja part time sahaja. Kalau takda kerja memang saya duduk di rumah sahaja atau travel jumpa rider MDG

(more…)

Continue ReadingRider Of The Month – Mat Dagu

Rider Of The Month – Arif Klang

IMG_7789 copy

 

Name: Muhammad Saiful Ariff bin Baha’uddin
Nickname: Arif Klang
Age: 25
Hometown: Jalan Kebun Klang
Years of ridig: 10
Sponsors: Primary bike, Heavyweight, Stussy Kuala Lumpur

 

IMG_5061 copy

 

Apa yang membuatkan kau start riding BMX?
-Dulunya masa form 2 dengan sahabat2 kampung masing2 mencari identiti disebabkan bola sepak terlalu bosan, mulanya ikut wak klang main skate sampai sanggup kayuh ke tesco beli deck. Tak semenanya satu hari TV1 siarkan X-Games 2004 kat tv baru lah kenal BMX time tu tengok Colin mckay & Ryan Guettler serta merta terus terpikat & start dari tu terus cari basikal BMX

 

Park or street? Kenapa?
-Park, Street, Dirt, Racing atau Flatland semuanya ok sebab dulu masa start ride basikal ada satu je so basikal tu lah untuk Park, Street, Dirt, Racing & Flatland, one for all & all for one gitu. Tapi buat masa ni lebih kepada Park sebab faktor jadual masa yg agak padat

(more…)

Continue ReadingRider Of The Month – Arif Klang