Rider Of The Month – Arif Klang

IMG_7789 copy

 

Name: Muhammad Saiful Ariff bin Baha’uddin
Nickname: Arif Klang
Age: 25
Hometown: Jalan Kebun Klang
Years of ridig: 10
Sponsors: Primary bike, Heavyweight, Stussy Kuala Lumpur

 

IMG_5061 copy

 

Apa yang membuatkan kau start riding BMX?
-Dulunya masa form 2 dengan sahabat2 kampung masing2 mencari identiti disebabkan bola sepak terlalu bosan, mulanya ikut wak klang main skate sampai sanggup kayuh ke tesco beli deck. Tak semenanya satu hari TV1 siarkan X-Games 2004 kat tv baru lah kenal BMX time tu tengok Colin mckay & Ryan Guettler serta merta terus terpikat & start dari tu terus cari basikal BMX

 

Park or street? Kenapa?
-Park, Street, Dirt, Racing atau Flatland semuanya ok sebab dulu masa start ride basikal ada satu je so basikal tu lah untuk Park, Street, Dirt, Racing & Flatland, one for all & all for one gitu. Tapi buat masa ni lebih kepada Park sebab faktor jadual masa yg agak padat

 

Ada apa-apa yang kau plan untuk karier BMX kau tahun 2015 ni?
-Cuba untuk riding lebih lagi dengan sistematik, tak ada lah ride hari2 ride macam dulu badan letih tak sempat recover. Cuba untuk merantau dengan lebih lagi terutamanya ke luar malaysia. Cuba untuk pergi ke BMX Racing lagi dengan dorongan dari Rusydi Akmal selaku team manager BMX Stunt Racing Team
Park kegemaran kau kat Malaysia ni?
-Shah Alam Extreme Park & Putrajaya Challange Park

 

Trick apa yang kau suka buat?
-Tabletop, Tailwhip, No hander, Turndown for what atau cuma flow dalam park dalam kelajuan cahaya

 

Apa pencapaian kau yang paling besar dalam BMX ni?
-Paling besar rasanya dapat masuk final & top 10 BMX open FISE World Langkawi 2014

 

Kau pernah jatuh teruk masa competition SEAYASG kat Jakarta, Indonesia 3 tahun lepas. Boleh ceritakan sikit apa yang berlaku.
-Entahlah mungkin time tu penat & croud dia hype gila, tayar belakang sangkut gedebak gedebik tak ingat apa tau2 dah nampak muka2 medic

 

10407201_882635798425635_2172158444064837175_n

 

Kita tau yang selain riding BMX, kau adalah seorang pemancing tegar. Apa yang bestnya memancing tu?
-Memancing ni sebenarya ramai salah tafsir sebab asal mancing je orang bagi tangapan kita kena dapat ikan, ikan saiz besar, dapat ikan banyak, ikan rare & sebagainya. Memancing ni pon macam BMX jugak dia ada fly fishing, casting, bottom fishing, coarse fishing. Salah satu sebab memancing ni adalah perjalanan untuk kita memancing adakalanya kita jumpa tempat baru yang menarik, jumpa kawan2 baru yang kongsi minat yang sama, kepayahan nak ke suatu destinasi mancing tu & ikan yang landed tu adalah rezeki atau bonus atas usha kita macam riding jugak nak dapat trick makan masa bukan selalunya terus dapat

 

Biasanya kau pegi memancing kat mana?
-buat masa ni tempat yang paling kerap Air Kuning, Tapah, Perak

 

Aku tengok sekarang kau selalu pegi main BMX race. Apa yang membuatkan kau minat untuk menceburi kategori race ni?
-sebab utamanya dulu start riding pon dengan BMX race dengan Nabil Ozir ( Nabil Dakota ) dekat Bandar Utama time 2005 ni pon mula main balik sebab ramai so seronok, nak menang tu belakang cerita yang penting enjoy race

 

IMG_5027 copy

 

 Apa pendapat kau tentang scene BMX race yang tengah berkembang ni?
-sangat bagus sebab pro rider U.S macam Chase Hawk, Mike Aitken, Chad Kerley, Van Homan pon mula dari BMX racing tak mustahil kita suatu masa akan ada rider semacam ni punya tahap & kaliber

 

Top 5 international & local rider?
International
-Mike Aitken
-Chase Hawk
-Kris Fox
-Geoff Slattery
-Clint Reynolds
Local
-Zafrin Shah
-Sunny
-Nasaruddin
-Din cendol
-Boy Sarawak

 

IMG_7777 copy

 

Top 5 BMX videos?
-Anthem 2
-This is United
-Animal Can i Eat
-Etnies Grounded
-Fit Bike Fitlife

 

Top 3 street spot?
-Putrajaya
-Setia city mall
-Dataran klang

 

Top 3 movies?
-Evangelion 1.0, 2.0, 3.0 & sedang menunggu 4.0
-Submarine
-scott pilgrim vs the world

 

Top 3 website?
-bmxonline.com
-mangapanda.com
-kayuhbmx.com

 

Ok thanks Ariff, ada kata-kata terakhir?
-ayuh kayuh kehadapan, pedulikan sang pembenci, pencaci, pengkutuk kerana kita manusia masing2 tercipta lain dari yang lain

 

IMG_7764 copy

 

Comments

comments

Leave a Reply