Zulkamal – Rider Of The Month

Name: Ahmad Zulkamal Ibrahim Nickname: zul/kamal/zul kj/jool Age: 33 Hometown: Petaling Jaya Years of ridig:+-20 tahun Sponsors: bergantung pada company kawan2 nak kasi ambik tak kasi no hal. TQ iwan kasi tshirt kayuhbmx. Hehe..   Kita mulakan dengan soalan yang paling susah...... hurrmmm... apa khabar? Assalamulaykum semua.. Fuhh soalan ni memang sangat susah dan mencabar minda untuk di jawab, tapi takpe saya cuba menjawabnya dengan tenang. Alhamdulillah syukur pada Ilahi saya masih dikurniakan kesihatan yang baik, moga semua diluar sana dalam keadaan sihat dan baik2 begitu juga Encik Iwan. Selamat pengantin baru!!!   Apa yang membuatkan kau start riding BMX? Panjang kalau nak diceritakan ni, saya cuba singkatkan cerita ni. Dulu2 awal tahun 90'an takde basikal lain se”cool” basikal BMX ni. Semasa saya di darjah 3, arwah ayah saya telah membelikan saya sebijik basikal BMX (takde jenama) yang berharga RM80 complete bike pada saya dan itu la basikal bmx pertama ku. Dari basikal ni la saya bawa ronda2 dan jumpa kawan2 lain yang juga berbasikal BMX, start bikin2 dan modifikasi basikal BMX ku ni. Masa saya di tingkatan 1 pula, kat area rumah saya selalu ternampak sorang brother yang bernama Munawir riding flatland dan kali pertama saya tengok orang riding flatland selain daripada tu ride oldskool la. hampir setiap hari saya tengok dia riding, dia banyak memberi saya pendedahan dan info tentang BMX/Flatland ni dgn memberi tonton video2 dan magazine bmx. Start daripada sini la saya mula minatnya flatland ni dan mendalami lg tentang BMX dan flatland ni. Sehingga la kini saya masih lagi ride BMX… Kenapa ride Flatland? Entah la susah nak cakap pasal kenapa ride flatland ni. Ada org kata susah main flatland ni. Hanya orang2 yang riding flatland je yang tau dan paham. Bagi saya la flatland ni sangat menyeronokkan walaupon susah nak pelajarinya. Ia membuatkan seseorang rider tu berfikir sentiasa dan kreatif untuk menggayakan sesuatu trick dlm link. Lebih menyeronokkan lagi jika link yg dilakukan tu land atau pon trick yang tak disangka2 menjadi dengan sempurna. Perghh... Tak tau nak kata kepuasannya. Hanya seorang flatlander je yang tau. Mungkin sebab tu la saya ride flatland! Hehehe...     Aku tengok kau suka sangat mancing, ape yang bestnye mancing ni?  Hahaha.... Sibuk je encik iwan tgk org suka mancing. Haha... Ye la asyik tgk bmx atau riding je bosan jugak kan kadang2 tu. Memancing ni salah satu hobi dan aktiviti saya yg lain. Apabila saya pegi memancing saya suka melihat dan menikmati  keindahan alam sekitar yg tenang selain daripada itu menantikan ikan mengena joran yg di pancing. Ia juga menguji kesabaran seseorang. Ramai jugak rider2 luar dan pro sukakan aktiviti mancing ni. Nak tau best ke tak jom gi mancing sama. Hahaha...   Selalu ke masuk competition memancing? Tak la selalu sgt masuk comp mancing ni.  Kadang2 tu ada la kalau prize menarik. Saje seronok2.   Antara comp mancing dengan comp BMX, mane lagi best? haha Hahaha...  Comp mancing yg bestnya prize yg ditawarkan menarik hadiah cash sehingga rm100,000 tu... Kalau bmx ni hadiah yg paling tinggi pon 2-3 ribu tapi yg…

Continue ReadingZulkamal – Rider Of The Month