Rider Of The Month – Aan

Name: Mohamad Farhannudin Bin Mohd Anwar Nickname: Aan / Aandugan /Aanbegin dan segala jenis mat saleh Age: 20 Hometown: Serendah , Selangor Years of riding: Start from the end of 2011 Sponsors: MDG Clothing     Apa sebenarnya nickame kau ni? Aan McMurray ke, Aan Barraco ke. Aan Begin ke. Aan Dugan ke. Pening la aku. -Terlalu banyak nama samaran yg aku dapat tapi semua tu sekadar suka2 je . Aku tak kisah orang nak panggil ape , kalau aku pandang maksudnya aku lah tu . Hahaha   Jadi kenape kau suka nama-nama rider mat salleh ni kat belakang nama kau? -Nak letak nama rider local contohnya Aan Tadaski or Aan Syukri macam tak kene dan bakal di kecam nanti . So , aku pilih lah rider overseas . Gitu ceritanya   kau sekarang study lat UITM Perak kan, ambik course ape? - Yes aku study dekat UiTM Seri Iskandar dan aku amek course Diploma in Photography And Creative Imaging .   Biasanya ride kat mana? -Depends , semua tempat boleh ride kalau rasa ia cukup sempurna bagi aku untuk ride . Tapi skatepark shah alam adalah pilihan utama sebab di situ aku bermula .   Style ke trick yang penting? - Trick consistent dulu baru style , kalau style lebih pon tak guna sebab trick tak ada . Poser je tu       Kau baru balik dari riding trip ke Penang kan. Cube cite sikit.  - Yes , aku baru habis trip bersama dua sahabat karib aku Syafiq Zazlan dan Ammar Syukri . Dah lama niat nak ke sana dan banyak kali local sana ajak ride so aku decide untuk penuhi hasrat ni time aku tgah sem break . Pada awalnya agak susah jugak perjalanan kiteorang ni disebabkan faktor kenderaan . Tapi ia dapat diselesaikan oleh Ammar Syukri dgan membawa Waja berenjin Kapal Terbang . Scene BMX kat sana tak lah mendap , setiba kiteorang sampai di sana diorang sambut dengan baik . Aku berterima kasih jugak dekat Fizi sebab sanggup lari2 kerja untuk kiteorang , layanan dia baik sekali . Kiteorang dibekalkan rumah bangglo tiga tingkat dekat bahagian pulau . Terima kasih jugak dekat Yas dan Kecik sebab luangkan masa bersama . Aku tak lupa jugak pada #bangstry crew sebab gelagat mereka yg sangat mencuit hati . Aku harap satu masa nanti kita dapat luangkan masa bersama . Dapat jugak aku ride dekat Ampang Jajar , sebab sebelum ni aku sampai ke sana dengan kecederaan yang serious pada pergelangan kaki sewaktu Sempoi Tour .   Kenapa nama video tu #GoodTimesByAGoodDay ? -Haaa soalan ini mungkin dapat di jawab dengan mudah . Sebelum kami ke sana , diorang selalu cakap yg penang kerap hujan waktu petang . Aku takut jugak lah disebabkan faktor hujan ia bakal menghancurkan trip kami . Tapi alhamdulillah , 3hari kami di sana cuaca baik dan tak ada masalah untuk riding cuma masalah pada aku sebab tumit kaki bengkak sehari sebelum ke penang . Urmmm sebab apa yeee ... hihihi . Jangan lupa tengok video trip tu…

Continue ReadingRider Of The Month – Aan

Zulkamal – Rider Of The Month

Name: Ahmad Zulkamal Ibrahim Nickname: zul/kamal/zul kj/jool Age: 33 Hometown: Petaling Jaya Years of ridig:+-20 tahun Sponsors: bergantung pada company kawan2 nak kasi ambik tak kasi no hal. TQ iwan kasi tshirt kayuhbmx. Hehe..   Kita mulakan dengan soalan yang paling susah...... hurrmmm... apa khabar? Assalamulaykum semua.. Fuhh soalan ni memang sangat susah dan mencabar minda untuk di jawab, tapi takpe saya cuba menjawabnya dengan tenang. Alhamdulillah syukur pada Ilahi saya masih dikurniakan kesihatan yang baik, moga semua diluar sana dalam keadaan sihat dan baik2 begitu juga Encik Iwan. Selamat pengantin baru!!!   Apa yang membuatkan kau start riding BMX? Panjang kalau nak diceritakan ni, saya cuba singkatkan cerita ni. Dulu2 awal tahun 90'an takde basikal lain se”cool” basikal BMX ni. Semasa saya di darjah 3, arwah ayah saya telah membelikan saya sebijik basikal BMX (takde jenama) yang berharga RM80 complete bike pada saya dan itu la basikal bmx pertama ku. Dari basikal ni la saya bawa ronda2 dan jumpa kawan2 lain yang juga berbasikal BMX, start bikin2 dan modifikasi basikal BMX ku ni. Masa saya di tingkatan 1 pula, kat area rumah saya selalu ternampak sorang brother yang bernama Munawir riding flatland dan kali pertama saya tengok orang riding flatland selain daripada tu ride oldskool la. hampir setiap hari saya tengok dia riding, dia banyak memberi saya pendedahan dan info tentang BMX/Flatland ni dgn memberi tonton video2 dan magazine bmx. Start daripada sini la saya mula minatnya flatland ni dan mendalami lg tentang BMX dan flatland ni. Sehingga la kini saya masih lagi ride BMX… Kenapa ride Flatland? Entah la susah nak cakap pasal kenapa ride flatland ni. Ada org kata susah main flatland ni. Hanya orang2 yang riding flatland je yang tau dan paham. Bagi saya la flatland ni sangat menyeronokkan walaupon susah nak pelajarinya. Ia membuatkan seseorang rider tu berfikir sentiasa dan kreatif untuk menggayakan sesuatu trick dlm link. Lebih menyeronokkan lagi jika link yg dilakukan tu land atau pon trick yang tak disangka2 menjadi dengan sempurna. Perghh... Tak tau nak kata kepuasannya. Hanya seorang flatlander je yang tau. Mungkin sebab tu la saya ride flatland! Hehehe...     Aku tengok kau suka sangat mancing, ape yang bestnye mancing ni?  Hahaha.... Sibuk je encik iwan tgk org suka mancing. Haha... Ye la asyik tgk bmx atau riding je bosan jugak kan kadang2 tu. Memancing ni salah satu hobi dan aktiviti saya yg lain. Apabila saya pegi memancing saya suka melihat dan menikmati  keindahan alam sekitar yg tenang selain daripada itu menantikan ikan mengena joran yg di pancing. Ia juga menguji kesabaran seseorang. Ramai jugak rider2 luar dan pro sukakan aktiviti mancing ni. Nak tau best ke tak jom gi mancing sama. Hahaha...   Selalu ke masuk competition memancing? Tak la selalu sgt masuk comp mancing ni.  Kadang2 tu ada la kalau prize menarik. Saje seronok2.   Antara comp mancing dengan comp BMX, mane lagi best? haha Hahaha...  Comp mancing yg bestnya prize yg ditawarkan menarik hadiah cash sehingga rm100,000 tu... Kalau bmx ni hadiah yg paling tinggi pon 2-3 ribu tapi yg…

Continue ReadingZulkamal – Rider Of The Month