Rider Of The Month – Aan

Name: Mohamad Farhannudin Bin Mohd Anwar
Nickname: Aan / Aandugan /Aanbegin dan segala jenis mat saleh
Age: 20
Hometown: Serendah , Selangor
Years of riding: Start from the end of 2011
Sponsors: MDG Clothing

 

IMG_9728a

 

Apa sebenarnya nickame kau ni? Aan McMurray ke, Aan Barraco ke. Aan Begin ke. Aan Dugan ke. Pening la aku.
-Terlalu banyak nama samaran yg aku dapat tapi semua tu sekadar suka2 je . Aku tak kisah orang nak panggil ape , kalau aku pandang maksudnya aku lah tu . Hahaha

 

Jadi kenape kau suka nama-nama rider mat salleh ni kat belakang nama kau?
-Nak letak nama rider local contohnya Aan Tadaski or Aan Syukri macam tak kene dan bakal di kecam nanti . So , aku pilih lah rider overseas . Gitu ceritanya

 

kau sekarang study lat UITM Perak kan, ambik course ape?
– Yes aku study dekat UiTM Seri Iskandar dan aku amek course Diploma in Photography And Creative Imaging .

 

Biasanya ride kat mana?
-Depends , semua tempat boleh ride kalau rasa ia cukup sempurna bagi aku untuk ride . Tapi skatepark shah alam adalah pilihan utama sebab di situ aku bermula .

 

Style ke trick yang penting?
– Trick consistent dulu baru style , kalau style lebih pon tak guna sebab trick tak ada . Poser je tu

 

 

IMG_0009a

 

Kau baru balik dari riding trip ke Penang kan. Cube cite sikit. 
– Yes , aku baru habis trip bersama dua sahabat karib aku Syafiq Zazlan dan Ammar Syukri . Dah lama niat nak ke sana dan banyak kali local sana ajak ride so aku decide untuk penuhi hasrat ni time aku tgah sem break . Pada awalnya agak susah jugak perjalanan kiteorang ni disebabkan faktor kenderaan . Tapi ia dapat diselesaikan oleh Ammar Syukri dgan membawa Waja berenjin Kapal Terbang . Scene BMX kat sana tak lah mendap , setiba kiteorang sampai di sana diorang sambut dengan baik . Aku berterima kasih jugak dekat Fizi sebab sanggup lari2 kerja untuk kiteorang , layanan dia baik sekali . Kiteorang dibekalkan rumah bangglo tiga tingkat dekat bahagian pulau . Terima kasih jugak dekat Yas dan Kecik sebab luangkan masa bersama . Aku tak lupa jugak pada #bangstry crew sebab gelagat mereka yg sangat mencuit hati . Aku harap satu masa nanti kita dapat luangkan masa bersama . Dapat jugak aku ride dekat Ampang Jajar , sebab sebelum ni aku sampai ke sana dengan kecederaan yang serious pada pergelangan kaki sewaktu Sempoi Tour .

 

Kenapa nama video tu #GoodTimesByAGoodDay ?
-Haaa soalan ini mungkin dapat di jawab dengan mudah . Sebelum kami ke sana , diorang selalu cakap yg penang kerap hujan waktu petang . Aku takut jugak lah disebabkan faktor hujan ia bakal menghancurkan trip kami . Tapi alhamdulillah , 3hari kami di sana cuaca baik dan tak ada masalah untuk riding cuma masalah pada aku sebab tumit kaki bengkak sehari sebelum ke penang . Urmmm sebab apa yeee … hihihi . Jangan lupa tengok video trip tu , #syafiqzazlanpower #ammarsyukrimantap

 

Apa yang membuatkan kau start riding BMX?
– Ayah aku adalah seorang perlumba motorcross so die pernah berhajat untuk aku jadi macam die bila aku dah besar . So aku bermula dengan bmx race seawal umur aku 10tahun dan aku berhenti racing bila aku ditawarkan untuk masuk ke sekolah sukan di seksyen 11 shah alam . Haa lepas aku berpindah sekolah , aku try nak main racing balik tapi dalam 3tahun aku tinggalkan dunia racing banyak benda dah berubah sampai lah aku terjatuh hati pada bmx stunt bila aku tgok video trail redbull kat youtube . So aku cuba untuk main bmx stunt dgan basikal pertama aku Haro Dave Mirra .

 

IMG_9726-2

 

Pernah sewa rollerblade tak?
– Urmmm soalan trending ke ape ni ? Hahaha , tak pernah sewa pon . Sebab murahhhhh

 

Apa pendapat kau tentang situasi terlalu banyak rollerblade sewa kat kawasan skatepark ni?
– Bagi aku ia mengganggu lah , habis semua tempat diorang main jadi bila aku terlanggar yg di salahkan aku . Tapi diorang sendiri tahu itu EXTREME PARK bukan PLAYGROUND . Tapi aku paling menyampah mat rempit yg menyewa dan buat kacau . Amek kesempatan lebih je tu , nak ayat bawak naik toto lah tu . Urmmmm
Street spot kat mana kat dalam dunia ni yang idam-idamkan nak pegi ride?
– Paling aku minat BARCELONA lah , selain tu banyak jugak yg aku minat macam Agentina dan Mallaga .

 

Apa perkara yang aneh atau funny berlaku kat kau baru-baru ni?
– Uishhhh uishhhh sampai ke sini soalannya . Takde ape yg berlaku pon cuma ade sedikit konflik . Alah biasalah hidup kat dunia ni ,

 

 

IMG_9741-3

Apa bad habit kau?
– Bad habit aku ? Kentut merata kot . Tapi kentut aku takde bau


Ada apa-apa plan untuk karier BMX kau tahun 2016 ni?
– Aku nak cuba jadi yg lebih baik dari apa yg aku ada sebelum ni . Selain tu aku teringin nak tengok scene bmx kat malaysia terus maju .

Siapa/Apa yang kau enjoy following on Instagram?
– Rodeopeanut , OSS , Kayuhbmx , apizbobcrew dan urmmm serta urmmm . (Rahsia)

Apa pendapat kau pasal ekonomi Malaysia sekarang ni?
– Sedih nak cerita , semua benda naik sampai kami naik angin . Doakan je lah yg terbaik untuk Malaysia terus aman .

 

 

IMG_1310b-2 copy

Kenapa kau suka ride brakeless?
– Awal2 aku ride , dah buang brake sebab pengaruh video lah . Time awal2 dulu kene marah jugak lah dgar senior2 . Hahaha tapi sampai ke sekarang aku brakeless . Entahlah , lagi best kot sebab ade brake bising macam basikal kecik ipoh . Urmmmm murung , haha


Kenapa kau suka ride pakai earphone?
– 1st sekali playlist aku jahat2 , haha . Aku rasa best lah ride dengar lagu . Benda ni jadi sebab dekat seri iskandar aku biasa ride sorang , so mp3 aku lah jadi peneman dikala sepi .

Kenapa kau suka pakai stokin panjang?
– Haha , aku pun tak tahu nak cakap . Style kot

Kenapa kau suka bela misai?
– Misai ni lah buat ramai awek , aku buang misai habis hilang semua awek . Hahaha , aku tak suka cukur sebab nanti kene bahan .

Kenapa cara kau cakap macam stone je?
– ishh mane ade , aku ni seorang yg lemah lembut dan sebab tu suara aku agak lembut bila berbicara . Hidup ni takleh tension2 , hahaha

Dengar cite kau ni kasanova. Betul ke?
– Tak betul dan mengarut . Ni pengaruh haters ni .

 

 

IMG_0200

 

Top 5 BMX videos?
– Above and below
-Sf-it
-Subrosa In Vegas
-4down1up ft Devon And Mat Roey
-Vitalbmx Game Of Bike
Top 3 movies?
– We are the miller
– American pie
– Lagenda budak setan #haha
Top 3 street spot?
– Putrajaya
– Tasik Titiwangsa
– Taman Gay Ipoh
Top 3 BMX brand?
– Cult
– Subrosa
– Eclat
Ok thanks Aan, ada kata-kata terakhir?
– Terima kasih bagi yg meluang kan masa untuk baca interview ini . Terima kasih jugak dekat Iwan sebab pilih aku sebagai Rider of the month . Aku harap scene bmx di Malaysia ni lebih menyinar suatu masa nanti , insya’allah .

Continue ReadingRider Of The Month – Aan

Zulkamal – Rider Of The Month

Name: Ahmad Zulkamal Ibrahim
Nickname: zul/kamal/zul kj/jool
Age: 33
Hometown: Petaling Jaya
Years of ridig:+-20 tahun
Sponsors: bergantung pada company kawan2 nak kasi ambik tak kasi no hal. TQ iwan kasi tshirt kayuhbmx. Hehe..

IMG_8058

 

Kita mulakan dengan soalan yang paling susah…… hurrmmm… apa khabar?
Assalamulaykum semua..
Fuhh soalan ni memang sangat susah dan mencabar minda untuk di jawab, tapi takpe saya cuba menjawabnya dengan tenang. Alhamdulillah syukur pada Ilahi saya masih dikurniakan kesihatan yang baik, moga semua diluar sana dalam keadaan sihat dan baik2 begitu juga Encik Iwan. Selamat pengantin baru!!!

 

Apa yang membuatkan kau start riding BMX?
Panjang kalau nak diceritakan ni, saya cuba singkatkan cerita ni. Dulu2 awal tahun 90’an takde basikal lain se”cool” basikal BMX ni. Semasa saya di darjah 3, arwah ayah saya telah membelikan saya sebijik basikal BMX (takde jenama) yang berharga RM80 complete bike pada saya dan itu la basikal bmx pertama ku. Dari basikal ni la saya bawa ronda2 dan jumpa kawan2 lain yang juga berbasikal BMX, start bikin2 dan modifikasi basikal BMX ku ni. Masa saya di tingkatan 1 pula, kat area rumah saya selalu ternampak sorang brother yang bernama Munawir riding flatland dan kali pertama saya tengok orang riding flatland selain daripada tu ride oldskool la. hampir setiap hari saya tengok dia riding, dia banyak memberi saya pendedahan dan info tentang BMX/Flatland ni dgn memberi tonton video2 dan magazine bmx. Start daripada sini la saya mula minatnya flatland ni dan mendalami lg tentang BMX dan flatland ni. Sehingga la kini saya masih lagi ride BMX…

Kenapa ride Flatland?
Entah la susah nak cakap pasal kenapa ride flatland ni. Ada org kata susah main flatland ni. Hanya orang2 yang riding flatland je yang tau dan paham. Bagi saya la flatland ni sangat menyeronokkan walaupon susah nak pelajarinya. Ia membuatkan seseorang rider tu berfikir sentiasa dan kreatif untuk menggayakan sesuatu trick dlm link. Lebih menyeronokkan lagi jika link yg dilakukan tu land atau pon trick yang tak disangka2 menjadi dengan sempurna. Perghh… Tak tau nak kata kepuasannya. Hanya seorang flatlander je yang tau. Mungkin sebab tu la saya ride flatland! Hehehe…

 

photo by Wantai
photo by Wantai

 

Aku tengok kau suka sangat mancing, ape yang bestnye mancing ni? 
Hahaha…. Sibuk je encik iwan tgk org suka mancing. Haha… Ye la asyik tgk bmx atau riding je bosan jugak kan kadang2 tu. Memancing ni salah satu hobi dan aktiviti saya yg lain. Apabila saya pegi memancing saya suka melihat dan menikmati  keindahan alam sekitar yg tenang selain daripada itu menantikan ikan mengena joran yg di pancing. Ia juga menguji kesabaran seseorang. Ramai jugak rider2 luar dan pro sukakan aktiviti mancing ni. Nak tau best ke tak jom gi mancing sama. Hahaha…

 

Selalu ke masuk competition memancing?
Tak la selalu sgt masuk comp mancing ni.  Kadang2 tu ada la kalau prize menarik. Saje seronok2.

 

Antara comp mancing dengan comp BMX, mane lagi best? haha
Hahaha…  Comp mancing yg bestnya prize yg ditawarkan menarik hadiah cash sehingga rm100,000 tu… Kalau bmx ni hadiah yg paling tinggi pon 2-3 ribu tapi yg seronoknya comp bmx ni bole berjumpa dgn rakan2 seperjuangan. Tu yg paling mahal. Hehe…

 

IMG_8105

 

Kau adalah antara otai BMX Flatland area Kelana Jaya (KJ) satu ketika dahulu. Boleh cerita sikit scene Flatland waktu tu?
Perghh kalau nak diceritakan dulu2 pertengahan 90’an kat KJ ni saja ada dlm bebelas2 rider, kedai basikal yg jual bike dan parts BMX paling canggih dan up tu date kat Malaysia zaman tu pon terletaka kat KJ jugak kedai KSH kat FAM, rider2 luar negara pon dtg beli kat kedai ni. Dulu2 spot say salalu riding kat area KJ tak menentu riding kadang2 depan rumah je, gelanggang basketbal, gelanggang batminton dan kalau hari minggu tu selalu kat taman tasik Kelana Jaya atau parking stadium Kelana Jaya riding dgn Rafik, Simon Chong & geng, Liyas, Tuan hj Amar, Med, Sub dan rider2 KJ yg lain dan lagi meriah kalau Zam Kenya (legend) & geng dtg ride yg folow dia 20-30 rider, mmg penuh la parking lot kat stadium KJ ni. Zaman tu mmg meriah dan kegemilangan la. Tp sayang semua tu tinggal kenangan dan jadi sejarah je sekarang. Hehe..

Tapi sekarang ni dah takde dah rider ride kat KJ tu. apa jadi eh?
Entah la kenapa semua ni terjadi. Mungkin jd rempit kot. Hehehe… Ye la masing2 dah meningkat dewasa mesti la ada haluan masing2, ada yang sambung study, kerja dan sibuk dgn hal masing2 dan kerana itu la dah takde sape ride kat KJ ni.

 

Kau sekarang dah pindah Taiping kan, kenapa pindah sana?
Ye saya sudah berhijrah ke taiping perak sekarang ni. Saja cuba berubah angin berhijrah ke tempat lain pula mencari rezeki. Lagi pon isteri saya bekerja di hospital Taiping.

 

Macam mana kehidupan ko kat sane?
Alhamdulillah kehidupan kat sini baik2 saja bersama isteri tercinta. Kat sini saya berniaga kecil2an je. Disini lebih santai berbanding kat kl yg sentiasa sibuk semak dan trafik jam memanjang. Haha.. Taiping ni mmg chill la. Hehe..

 

IMG_8124

 

Ada apa-apa plan untuk karier BMX anda tahun 2015 ni?
Planning tu mmg bermacam2 la kat pikiran ni tapi ia bergantung pada peluang yang ada la. Tp yang pasti adalah planning yang selalu bermain dalam pikiran ni adalah untuk memajukan lagi scene BMX Flatland kat Malaysia ni.

 

Scene flatland kat Malaysia ni dah banyak berubah sekarang ni kalau compare dengan awal tahun 2000. Kalau dulu kat Malaysia ni, boleh dikatakan rider flatland lebih ramai dari rider street/park. Tapi sekarang dah terbalik. Boleh bagi pendapat kenapa perkara ni terjadi?
Mungkin ini semua terjadi kerana kemudahan seperti park dah banyak dibina hampir di setiap negeri dan daerah. Mungkin ini lah salah satu sebab popularasi bmx park/street ni meningkat dan tumbuh bagaikan cendawan. Dan salah satu sebab mungkin trick2 park/street ni lebih mudah dipelajari berbanding trick flatland. Hehe..

 

Apa pendapat ko tentang arah tuju scene BMX Flatland kat Malaysia sekarang ni?
Ermm… Bukan saya yang boleh menentukan arah tuju scene Flatland Malaysia ni. Memang sekarang ni rider Flatland dah berkurangan berbanding dahulu. Ia bergantung pada rider2 tu sendiri la, bagaimana rider tu corakkan scene begitu la coraknya masa yang akan dtg. Apa yang bole kita lakukan untuk menarik minat orang untuk main flatland dan menjadi pelapis baru dlm flatland ni. Mungkin boleh create program masuk ke sekolah2 menarik minat budak2 main Flatland ni atau pun buat progam Flatland kat tmpt2 terbuka dan ramai orang untuk mempromosikan Flatland ni (mungkin). Bagi pendapat saya la untuk naikkan scene ni perlukan kerjasama dari semua rider la, harap semua rider tak kira rider otai ataupon pro sudi berkongsi la ilmu dan beri tunjuk ajar pada rider yang baru start riding. Ini sekadar pendapat saya la.
Saya doa dan berharap scene BMX Flatland Malaysia ni berkembang dan terus maju di masa yang akan datang ni. InsyaAllah.

IMG_8071

 

Apa pendapat ko bagi orang yang nak buat BMX ni as lifestyle je. Tak ride sampai hebat pon. Just kayuh-kayuh gitu je. Ok ke orang camtu dalam scene BMX ni?
Bagi pendapat saya la tak kisah pon dan tiada paksaan pon nak riding atau nak buat lifestyle kayuh2 je. Janji bmx!! Hahaha… Bagus juga kalau ada supporter sebegini baru la berwarna warni ceria scene dan industri BMX kat Malaysia ni.

 

Dulu kau tiap2 tahun akan ikut Le Tour De Langkawi (LTDL) dan Jelajah Malaysia kan. Ape yang kau dan team ko buat ikut tour tu? 
Saya mulanya ikut Le Tour De Langkawi ni sejak 2005-2013. Tahun 2005-2007. Saya ikut LTDL ni untuk buat demo saja dgn Mat Dagu dan street rider Melaka untuk memeriahkan side event LTDL.
Pada tahun 2008, saya diberi peluang oleh bos side event LTDL bro Zulkarnain Shah untuk menguruskan demo bmx team yang ditaja oleh Milo dan diberi nama ‘Milo Extreme Team’ sepanjang LTDL berlangsung. Milo Extreme Team terdiri daripada 14 org 3 rider flat dan 3 rider stunt yang lain sebagai krew dan rider tambahan (ramai sgt kalau nak sebut semua nama). Team kami akan buat show di setiap karnival penamat pelumbaan LTDL ni.
Tugas saya adalah menguruskan tapak kanival dan juga team memastikan demo berjalan lancar, kebajikan, keselamatan, kesihatan seluruh Milo Extreme Team sepanjang event LTDL ni berlangsung. Lepas je event LTDL ni pandai2 jaga diri masing2. Hahaha…

 

Kenapa sekarang dah takde eh?
Start tahun 2014 milo tidak lagi sponsor utk LTDL ni jadi Milo Extreme Team pon takde la lagi buat demo 🙁 Hahaha…

 

Macam mana pengalaman ikut Le Tour De Langkawi tu?
Macam2 pengalaman suka dan duka ikut event LTDL ni setiap tahun. Ada rider yang tengah sakit alat kelamin pon sanggup nak folow gak event ni (tak tau la ape yang best) hahha…  Yang best ikut event ni hari2 berjalan, kejar masa, setup dan demo tempat dan negeri berlainan. Lain tempat lain pengalamannya, pepatah melayu mengatakan ‘jauh perjalanan luas pemandangan’.
Setiap hari mengadap crowd berlainan, yang paling best kalau demo kat kawasan pedalaman crowd yang sangat2 teruja dengan show yang dipersembahkan.
Dalam perjalanan sepanjang event tak payah la nak cite perangai rider2 dan krew2 semua hampir 2 minggu hidup bersama baik buruk perangai semua terkeluar macam2 ragam. Hahahhahaha…. Tapi yang pasti pengalaman sepanjang event LTDL ni memang indah2 belaka dan tak boleh dilupakan, biarkan ia menjadi kenangan. Hehehehe….

 

IMG_8150

 

Bagi pendapat kau, boleh ke hidup dengan hanya main BMX ni kat Malaysia ni?
Tak mustahil kalau rider nak cari makan melalui industri BMX kat Malaysia ni, tapi kena ada daya usaha dan disiplin yang sangat tinggi untuk mambangunkan industri bmx ni dan capai matlamat. Apabila industri BMX di Malaysia ni maju pasti ada banyak permintaan dan dari situ berbagai cabang/peluang perniagaan boleh dilakuan melalui BMX ni dan perlu kreatif untuk memasarkannya. Ia bergantung juga pada individu atau rider itu sendiri merebut peluang yang ada. Dimana ada kemahuan pasti ada jalannya.

 

Apa pendapat kau dengan scene OSBMX yang semakin naik sekarang ni?
Takde oldskool takde la newskool. Tersagat la bagus untuk perkembangan industri BMX kat Malaysia ni, walaupon sesetengah golongan hanya la collector tidak riding. Yang bestnya brand2 bmx yang dah lama pupus hidup kembali, rider2 lama kembali collect dan start riding balik. Cuma yang tak best harga bike dan parts lama ni jadi melambung tinggi la. Ape2 pon Hidup BMX dan terus hidup tidak makan di zaman.

 

Style ke trick yang penting?
Saya lebih suka melihat pada style kerana style melambangkan gaya tersendiri seseorang rider itu. Trick mungkin semua rider bole melakukannya sama, tapi dengan style tersendiri saja membezakan trick yang dilakukan itu menjadikan lebih menarik dengan style tersendiri.

 

Kalau ada rider-rider baru nak start ride flatland ni, kat mana diorang boleh belajar main?
Zaman sekarang yang serba canggih ni tersangat la mudah nak belajar click je kat youtube, vimeo ke bersepah video basic flatland ni. Ataupun bole add atau msg kat Facebook boleh tanya dan setting riding sama dan mintak tunjuk ajar.

 

Top 3 BMX videos?
Chenga flatland made easy
Diversion
japan video (tak igt nama)

 

Top 3 movies?
Layan je ape2 movie yg best

 

Top 3 flatland spot?
PJ Parking
KLCC
Taman Tasik Taiping

 

Top 3 BMX brand?
Quamen
Junglerider
Khe

 

IMG_8160

 

Ok thanks Zulkamal, ada kata-kata terakhir?
Terima kasih kepada Iwan Kayuhbmx kerna sudi interview saya ni. Kepada semua rider BMX tak kira la flatland, stunt, racing, rider lama, rider baru, osbmx janji basikal bmx dan bmx supporter, teruskan la usaha anda semua support sukan bmx demi majukan dan naikkan scene BMX Malaysia ni. Maju lah BMX untuk semua! Hidup BMX!!! Selamat pengantin baru Iwan Kayuhbmx!!! Assalamualaikum.

 

Continue ReadingZulkamal – Rider Of The Month